Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday 9 December 2009

Salam ukhwah dan salam perjuangan

Posted by an-Nursi



Dengan lafaz bismillah, ana mula coretkan tinta dalam dunia blogger.

Sebenarnya konsep dakwah ini cukup luas yang tidak akan dapat difikir oleh orang yang jumud(sempit pemikiran).Dakwah boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti risalah, majalah dan sebagainya sebagai wasilah kepada dakwah.So di kesempatan dunia tanpa sempadan ini, ana telah mengambil inesatif untuk mengunakan blog sebagai method,wasilah atau lapangan dakwah.Insyallah..Niatlah elok-elok insyallah akan dipermudahkan oleh Allah.

Mungkin yang tertanya2 kenapa adress blog ana ada perkataan "annursi" dan "1924".Apa kaitannya dengan ana?ok la kita mula dengan perkataan 'an-nursi'.An Nursi adalah berasal dari nama seorang tokoh gerakan Islam di Turki iaitu Sheikh Badiuzzaman Said an-Nursi.Beliau merupakan tokoh yang hebat dari segi ketetapan prinsip biarpun dunia dan zaman yang beliau duduki adalah dizaman yang sangat sukar kerana hampir keseluruhan negara yang beliau duduki telah dijangkit 'sekularisme' yang sangat membenci sebarang fahaman agama.( Insyallah di lain kesempatan , ana akan cerita lebih lanjut cerita ketokohan beliau)...
"1924" pulak merupakan tahun penubuhan gerakan beliau dan juga tahun kejatuhan khilafah Usmaniyah.Jadi penubuhan gerakan beliau pada tahun itu memberi isyarat perjuangan belum tamat biar khilafah hilang..Jadi perjuangan diteruskan merintis zaman berzaman sehinggalah sekarang..Jadi kita anak-anak muda yang mempunyai kefahaman agamalah yang akan terus berjuang sehingga keizzahan Islam benar-benar dihayati dalam kehidupan..Ingat ! Islam Kaffah with Khilafah.... Wallahu'alam

0 comments: